Wednesday 9 January 2013

First Solid Food: 5 month 1 week

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Sudah hampir 4 bulan anak soleh makan 'solid food'. Dari umurnya 3 bulan lagi, saya sangat teruja dengan homemade solid food ini. Ada sahaja resepi, ilmu yang saya cari untuk menambah kefahaman. Niat saya dan suami, mahu Hizqil bermula apabila umurnya 6 bulan.

Hizqil usia 7 bulan..mahu makan sendiri!!

Tetapi perancagan Allah lagi terperinci. Apabila umur menginjak 5 bulan sahaja, Hizqil sudah menunjukkan tanda-tanda lapar. menyusu dengan kerap, dan kerap 'mengamuk'. Tetapi, doktor menerangkan adalah normal bayi berkelakuan seperti itu kerana saiz perut makin membesar dan akan memasuki fasa bersedia untuk 'solid food'.

5 bulan seminggu,  sudah dua malam Hizqil bangun di tengah malam dan menangis. Tidak kembung, tidak demam, tetapi tetap menangis. Masih ingat lagi, pada hari ahad, suami bertekad untuk member puree epal. ya..pada malam itu, Hizqil mulakan dengan puree epal. Saya dan suami tekad setelah bertanyakan kepada 'encik goole' untuk pemakanan awal bayi. Dan terjumpa list ini dan alhamdulillah, tak risau kerana al-Fateh PASS all the requirements.

Ummi, I want more..I want more..

Oh, bagaimana anda tahu bayi anda sudah bersedia dengan 'solid food'? jom kita lihat :

1 : Hizqil sudah boleh tegakkan leher dan boleh kontrol kepala dengan sendirinya. Semua ini semasa little caliph berumur 4 bulan setengah. PASSED!

2 : Bayi boleh duduk dengan baik bila kita dudukkan. Ini menunjukkan tulang belakang semakin kuat. Ada sesetengah bayi yang sudah boleh duduk dengan sendirnya dan ada juga yang boleh duduk dengan baik apabila kita yang membantunya. Ini penting supaya bayi perlu makan dalam keadaan duduk untuk memudahkan proses penghadaman.-PASSED!

3. Penambahan berat badan adalah 2 kali daripada berat semasa lahir apabila bayi berumur 6 bulan. Al-Fateh lahir dengan 3.0 kg dan menginjak umur 5 bulan, anak hebat ini sudah 6 kg. Wah, ini sudah lebih dari expected.!!-PASSED!

4. Tahu bagaimana untuk mengunyah. Bagaimana tu?  Do you notice when babies were younger, they have spontaneous reflex to take their tongue out when they are hungry? That reflex is for baby to tell us that they are hungry. As they grow older, around 4 -5 month, slowly the reflex will disappear to allow baby to learn how to chew. – PASSED!

5. Pandang apabila orang sekeliling makan seolaah-olah mahu tumpang makan juga!. Oh, Hizqil sudah begitu. Dan pada masa yangsama, mulut bergerak seolah-olah telan air liur.Oh, he's really READY for his solid food- PASSED!

Apabila mula 'solid food' ini, automatik kena ikut 4 days rule. Mummies sekarang sangat titikberatkan pemakanan bayi dan ummi salah seorangnya. Ada orang cakap, kalau seorang itu 'particular' not to say cerewet :p, mst anaknya akan alergik. Eh, betul ke?dan Hizqil alergik juga..(alamak!!!).




Video ini semsa Hizqil 7 bulan, masih tiak dapat duduk dengan sempurna lagi. Menyelusur adalah posisi yang paling al-Fateh suka apabila mahu makan..anak soleh..anak soleh...

Monday 7 January 2013

Flash Card di Dinding?

SubhanaAllah,Alhamdulillah, Lailahaillah, Allahuakbar...

Assalamualaikum warahmatullahibarakatuh Hizqil al-Fateh. Semoga dirimu menjadi sehebat nama yang dipilih, Sultan Muhammad Al-Fateh.

Cuba lihat gambar di bawah..tara..weekend lepas, ayah sudah tampal huruf hijaiyah di seluruh dinding ruang tamu. Aha, sudah semestinya kelihatan seperti di kindergarten.hihihi..

Sebelum ini,ayah dan ummi hanya tunjukkan flash card, tapi anak bijak ni,hanya lihat sekelip mata sahaja, selepas itu beralih arah!..oh anakku, tidak boleh malas dalam berilmu ye.

Dan kali ni ummi tampal flash card di dinding. Yang seronoknya, sebelum bawa anak soleh masuk ke bilik, Hizqil kena belajar dahulu yer. (you cannot escape this time, dear :p).

Semoga usaha yang sedikit ini membuahkan hasil yang terbaik. Ayah dan ummi senantiasa berdoa semoga Hizqil al-Fateh dan adik-adik (in sha Allah) menjadi seorang tahfiz professional.



Hizqil al-Fateh yang suka ketawa apabila di acah


Apa lagi projek ayah dan ummi untuk al-fateh selepas ini? Tunggu....

Sunday 6 January 2013

6 & 7 bulan:Makin aktif anak ummi..

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bertaubat di ats segala khilaf sama ada secara sedar mahupun tidak. Ya Allah, sudah lama tidak menulis di blog ini. Hambatan kerja, Hizqil yang demam hampir seminggu buatkan tidak sempat untuk menjengah mencoretkan sesuatu. Hatta post untuk anak cerdik 6 bulan pun entah ke mana.

Oky, ummi recap balik apa perkembangan Al-Fateh bila berusia 6 bulan yer:

6 BULAN
  • Menyelusur satu rumah dengan laju!!..tolong ummi "kemas" perkakas dapur, 'bersihkan' baju sendiri dengan tawaf satu rumah, suka sangat lalu bawah meja dan letak pipi di kaki kerusi sebab sejuk.hehe
  • Sudah mempunyai 4 batang gigi. 2 di atas dan 2 di bawah. Yang paling penting, gigi atas besar macam gigi kapak. ngee~..
  • Aha..anak soleh wa musleh ni has started his first solid food (emm,actually started when he was 5 month 1 week). First solid food is apple puree
  • Kalau dahulu, apabila ummi balik kerja, sesudah menyusukan, chatting dengan Hizqil sebentar, ummi dah boleh masuk dapur tetapi sekarang tidak lagi.Ummi kena usung Hizqil kemana-mana. Anakku, didn't ummi tell you that smart boy has to be indipendent?
  • Mula angkat punggung macam nak duduk, macam nak merangkak jugak. Yang mana satu yang Hizqil mahu mulakan dahulu?hehe..
  • Hizqil sudah banyak cuba solid food baru seperti epal, pisang, lobak merah, ubi keledek, pear, plum, tetapi hanya boleh makan puree epal dan plum sahaja. yang lain, alergik yang teruk. You know what dear, you're allergik towards PROTEIN base..Alhamdulillah ummi masih berjaya susukan Hizqil. Jika tidak, Hizqil memang tidak boleh minum susu formula biasa.
  • Cuba Hizqil tengok video di bawah. Aha..Hizqil sudah pandai berdiri, mahu bermain dengaan lappy ayah. Memang Gen Z kan.generasi gadget.huhu..kalau dapat lappy terus senyap, gerak-gerakkan mouse.Cerdiknya anak-anak sekarang.

7 BULAN
  • 22 November 2012 genap 7 bulan, Hizqil sudah boleh merangkak. Lucu juga tengok Hizqil buat warming up sebelum merangkak.hehe..Alhamdulillah, makin banyak skill yang Hizqil sudah boleh lakukan. Go Hizqil go!!!
  • Beberapa hari cukup umur anak hensem 7 bulan, Hizqil demam selama 6 hari. Pertama kali demam yang panjang. Mungkin disebabkan gigi yang ke-5 dan ke-6 sudah tumbuh.Tak apa, demam akan kuatkan sistem imunisasi Hizqil kan. hoorey!!
  • Bermacam-macam gaya menyusu..Geleng kepala ayah lihat aksi Hizqil ni.hehe..
  • Walaupun sudah boleh merangkak, Hizqil hanya merangkak pada malam 7 bulan tu sahaja. Sampai ke hari ini, Hizqil masih suka menyelusur.huhu.
Hizqil berbaju kurta mendengar ceramah Ustaz D

Hizqil lihatlah aksi-aksi yang ayah rakamkan. Mesti tersenyum sendri kan. Buat bakal penolong agama Allah, insyaAllah, semoga menjadi anak yang akur perintah Allah. Menjadikan al-Quran sebahagian daripada darah dagingmu, menjadi hebat seperti Sultan Muhammad Al-Fateh. Hanya Rasulullah yang layak menjadi idola besar dan ayah sebagai idola kecilmu..


Thursday 27 December 2012

Surat dari seorang Ibu

Assalamualaikum..

Hari ini, saya mahu berkongsi sepucuk surat dari seorang ibu buat anaknya. Surat cinta yang tiada penghujung kasih sayang ini, bisa menitikkan air mata bagi sesiapa sahaja yang membacanya, apatah lagi buat saya yang juga bergelar IBU. Sungguh, tulusnya pengorbana ibu dan ayah, tidak kenal apa itu jemu, tidak tahu apa itu penat. Yang mereka tahu, hanya mahu melakukan yang terbaik buat anugerah Allah yang tiada gantinya.

Setiap penat lelah dari kerja mereka, hanya untuk memberikan dan terus memberi buat permata yang bergelar ANAK, hanya mahu permata itu senyum sentiasa. Buat ibu Rayhan, saya doakan yang terbaik buat puan sekeluarga. Semoga kita semua di bawah lembayung kasih dan rahmat-NYA. Kepingin saya mahu bertemu dengan insan hebat seperti puan..

Please read the whole story at her blog, mamiawesome.blogspot.com

A LETTER TO OUR SYNDROME & CLEFT PALATE SON

Rayhan,
Another 5 days to end year 2012. I'm looking at you sleeping beside me telling myself how time really does fly! Although you are only 7 months old and I already having such a great time with you. Your brother, Rayyan are so super adore you now. He hardly sleeps without touching your cute little face. We hope both of you will get along and stay closed to each other through thick and thin. 
Now you are 7 months old but you still not able to take any solid food yet. It's OK darling. Time will come. Mummy will breastfeed you and keep you full all the time. It's OK that you still can't reach out toys or crawl like any other normal baby at this age. Time will come my dear.. just a little hard work.
I  shed tears in joy every time I watching you putting extra hard work just to reach out your hands.. I shed tears with smile when I see you struggling hard to move your arms and legs to the front just to get a single move. I shed tears in joy seeing you laying on the rubber ball and sitting on the bamboo chair for just 30 minits of Therapy with patience. Thank you dear Rayhan.. You are already making us SUPER PROUD of you now! 

Nevertheless, this year you did achieved success. You managed to drink 5oz just in 15minute compared to 2oz in 1 hour when you were born. You successfully roll over when you are only 4 months old and you also can sit with support at 6months old. Such a huge accomplishment! Alhamdulillah! Praises to All-Mighty!

Every day at 5am, I was awake by you with a big smile and putting you back on the crib after feeding and you will fall a sleep on your own without any fuss. You are such a good child! It’s seriously amazing for having you with us this year and hopefully many years to come. 
As you've grown older, your smile and laughter has lighten up our hearts. We just can't get enough of your smile! They way you look at me with your lovely almond eyes, cute reddish long protruding tongue! So cute! Subhanallah.. It feel like having a chocolate melting in your mouth.. so sweet, soft and calm and peaceful.. (so much of imagination huh?!) We LOVE watching every minute of you. 
My dear Rayhan, I still remember how scared we were when we found out you were born with Down Syndrome and Cleft Palate. We fear that you may have serious illness and will not be like any other normal babies. Alhamdulillah, none of those fears came true. Now we know that you are just like a other cute and angelic normal child. Even better with Extra Cells
Rayhan, sometimes or maybe most of the time I will be thinking if I have given you enough love as much as you've given us? We are working hard to get the best toy, best therapy and better home for you. Every single cents we earn is just for you and your brother. We hope you have a wonderful and beautiful moment with us too. 
Rayhan, watching you remind us the great Creation of God. You are such an beautiful, uniqe and so full of joy that make everyone besides you smile. We love you dearly baby.
You make us so Super Proud of you. And thank you for coming to our life. May we have a wonderful moment every second. May everyday be better than yesterday. No words can describe our love to you. Just wanna let you know that "You are so PERFECT!" 
 
 

Tuesday 4 December 2012

Mengapa saya mahu anak-anak menjadi tahfiz proffesional?

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ini, anak ummi tahu mengapa ummi dan ayah mahu menjadikan Hizqil (dan mungkin adik-adik Hizqil, insyaAllah) sebagai tahfiz proffesional? Biar ummi ceritakan ya.

Dari dahulu, saya agak skeptikal dengan sekolah agama, tahfiz. Bagi saya, (yang tersangat cetek ilmu pada waktu itu), biarlah anak-anak saya sekolah di sekolah harian biasa, asalkan akhlahnya indah seperti yang bergelar pelajar sekolah agama dan tahfiz. Mungkin juga 'environment' sekeliling yang membuatkan saya berfikiran sebegitu. Betapa ramai yang 'graduated' sebagai pelajar sekolah agama, tetapi tiada nilai "agama" di hatinya. Nauzubillah, semoga Allah mengampunkan dosa saya yang berpandangan sebegini. Astaghfirullah..banyaknya pandangan negatif saya. Ya, tidak dinafikan, ramai yang tidak mencerminkan akhlak Mukmin apabila sudah bergelar pelajar sekolah agama, tetapi, hambaMU yang lemah ini terlupa, masih lebih ramai yang berjaya dengan gelaran itu.

Yang saya mahu, anak saya bersekolah harian, dan nilai-nilai agama wajib diterapkan dirumah kami terlebih dahulu. Saya tidak mahu hanya bergelar ustaz, tetapi tidak mempunyai ilmu dalam bidang lain (maaf, ini apa yang difikirkan semsa jahiliyah saya). Saya mahukan anak -anak yang bergelar Mukmin Professional. Walaupun bergelar proffesional, al-quran di hati, Islam terserlah melalui akhlaknya. Saya tahu, ini semua berpunca sejak saya menyertai 'bulatan gembira' itu. Rata-rata,semuanya bermula dari sekolah harian / berasrama penuh, tiada berlatar belakangkan sekolah agama, berpendidikan di luar negara tetapi MashaAllah, hasil dari tarbiah usrah itu, lahirlah Mukmin Proffesional dan saya mahu keluarga saya seperti itu.

Tetapi, semua pemikiran skeptikal saya itu berubah apabila saya menghadiri Seminar Mengajar Bayi Al-Quran, oleh Islamic Parenting Network. Ianya berubah 100%, 360 degree!!!...Pengasas Islamic Parenting Network (IPN), Pn. Lina, memang saya kagumi. Cukuplah saya katakan, niatnya yang mahu mengikut jejak langkah para cerdik yang soleh seperti Imam As-Syafie, Sultan Muhammad Al-Fateh, memudahkan perjalanan yang baik ini. Kedua-dua anak beliau dapat menghafal juz yang ke-30 di usia 3 tahun. Mashaallah...hebatnya.


Semoga rumah kita senantiasa begini

Dari situ, saya dan suami mempunyai VISI yang jelas. Kami mahukan Hizqil (dan juga anak-anak yang lain, insyaAllah) menjadi seorang tahfiz professional. Hebatnya mengejar urusan di akhirat tetapi tidak meninggalkan urusan duniawi di belakang. Mungkin Hzqil mengikut jejak langkah ayah, pak ngah atau pak lang menjadi seorang jurutera, tetapi kalimah al-quran sentiasa meniti di bibir. Mungkin juga Hizqil ingin menjadi doktor seperti mak ngah, tetapi hati sentiasa memegang ayat-ayat al-quran.

Anakku, ummi tahu, mungkin ayah dan ummi akan tegas dalam mendidikmu. Pilihlah profession yang kamu mahukan. Tidak mengapa jika mempunyai minat terhadap apa jua sekalipun. Tetapi, biarlah minat itu, menjurus untuk menolong agama Allah, menolong bumi Palestin. InsyaAllah, ayah dan ummi tidak akan putus mendoakan semoga profession anak-anak kami dapat membantu saudara kita di bumi Palestin.

Anakku, benarkan Hadis Rasulullah dengan menjadi salah seorang penyelamat bumi Palestin

Semoga Alah tetapkan hati ayah dan ummi untuk terus dan terus mendidik kalian dengan ajaran Islam yang sebenar. Kami tidak dapat berikan kemewahan, tetapi inilah yang termampu ayah dan ummi lakukan. Jalan ini, bukanlah jalan yang lurus, yang tiada halangan. Pasti akan jatuh seketika, penat sebentar, lesu dengan lemahnya iman. Tetapi ya Allah, kami pohon, semoga niat kami ini hanyalah kerana-Mu, untuk mendapat redha-Mu. Kami hanya merancang, tetapi Engkalu lah yang Maha Merancang.

Biar darah dagingmu sebati dengan ayat al-Quran, anakku

Tuesday 23 October 2012

Amalan Ketika Menyusukan Anak

Assalamualaikum w.b.t anak yang cerdik,

Apa amalan yang ummi lakukan ketika menyusukan al-Fateh? Kalau al-fateh nak tahu, selain mengambil inspirasi ibu Sultan Muhammad al-Fateh, ummi juga terkesima dengan hebatnya ibu Imam As-Syafie. Ummi selalu berfikir, untuk melahirkan insan yang hebat, perlunya ibu itu hebat terlebih dahulu. Ummi sangat 'curious' untuk tahu, apakah hebatnya Imam As-Syafie yang boleh menghafal al-Quran di usia muda, ketinggian ilmunya adalah 'hadiah' dari Allah mahupun adalah dari usaha ayah ibunya (dengan izin-NYA)?

MashaAllah,apabila diselidik, didikan itu bermula dari ketika menyusukan Imam Syafie lagi. Inilah sedikit amalan yang ummi amalkan ketika menyusukan al-fateh, mengikuti jejak langkah ibu yang hebat itu. Mudah-mudahan, al-fateh dapat menjadi hebat seperti Imam As-Syafei, insyaAllah..

AMALAN IBU IMAM AS-SYAFEI KETIKA MENYUSUI

1) Beliau menyusukan dalam keadaan berwudhu'

- Ummi masih tidak dapat lakukan sepenuhnya lagi.


2) Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan

يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ

Terjemahan:

(Luqman menasihati anaknya): Wahai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dibalas-Nya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

-Alhamdulillah, ummi amalkan setiap kali menyusukan al-fateh dan diulang sebanyak 3 kali

 
3) Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
Terjemahan:

Wahai anakku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya.

-Alhamdulillah, ummi amalkan setiap kali menyusukan al-fateh dan diulang sebanyak 3 kali


4) Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa


وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Terjemahan (ayat 18):

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.


وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ
Terjemahan (ayat 19):

Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
  

أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُّنِيرٍ
Terjemahan (ayat 20):

Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-Nya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak sebarang pengetahuan atau petunjuk; dan tidak berdasarkan Kitab Allah yang menerangi kebenaran.

-Astaghfirullah..terlalu banyak khilaf ummi. Ummi masih tidak amalkan bacaan ayat 18-20 ini. Ummi akan mulakannya hari ini, 23 / 10/2012 juga ya.

Ummi juga amalkan surah al-Insyirah ketika menyusukan al-fateh. Apakah kebaikan surah ini? InsyaAllah, ummi akan coretkan di 'post' yang lain ya.


 
Anakku yang bakal menjadi khalifah, berkat amalan ini, Imam Shafie berjaya menghafaz Al-Quran pada umurnya 6 tahun. Ummi hanya berusaha, selebihnya hanya Allah yang menentukan buat usaha kita itu. Senantiasa bersangka baik dengan Pencipta kita ya.


Satu perkara yang ingin saya kongsikan bersama, ayah Imam As-Syafie pernah ditanya, apakah amalanmu sehinggakan lahirnya anak yang sehebat ini? (merujuk kepada Imam As-Syafie). Adakah dari ketika ibunya mengandung atau didikan semasa beliau kecil? Jawab ayahnya, untuk melahirkan IMAM AS-SYAFIE yang sebegini, ianya bukan bermula dari apa yang anda rasakan tadi. Ianya bermula dari pemilihan IBU itu sendiri. Jika ibu yang dipilih solehah, insyaAllah, lahirlah anak yang soleh.MashaAllah...


 Al-fateh, doakan ummi istiqamah di atas jalan yang penuh liku ini. Doakan ummi dapat berkongsi ilmu yang ummi perolehi bersama orang lain, dapat amalkan dengan sepenuhnya, dan membuat semua amalan ini lillahitaala, insyaAllah...


 

Thursday 18 October 2012

Ceramah Memahami 5 Bahasa Kasih Sayang Keluarga

Hizqil al-Fateh,

InsyaAllah, Sabtu nanti, kita pergi dengar ceramah Memahami 5 Bahasa Kasih Sayang Keluarga oleh Saiful Islam ya. Nanti boleh ummi 'update' di blog untuk dikongsi bersama. Moga-moga diberi peluang untuk tambah ilmu parenting kan?